Mohamad Ishaq, Usep Islam dan Sekularisme. PIMPIN dan UKM Malaysia, Bandung.
This is the latest version of this item.
|
Text
Sampel Buku Islam dan Sekularisme.pdf Download (674kB) | Preview |
|
|
Text
Sampel Buku Islam dan Sekularisme.pdf Download (881kB) | Preview |
Abstract
Islam dan Sekularisme, karya Profesor Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas ini adalah sebuah karya agung kulli, sejagat atau universal, karena seluruh isi kandungannya membincang dan menganalisa perkara-perkara paling asas dalam kebudayaan Barat dan agama Islam. Pendekatannya sekaligus ilmiah dengan hujjah yang kukuh dan dalil yang mengkagumkan. Pendekatannya juga bersifat amaliah apabila merencanakan perubahan kurikulum dan penubuhan institusi pengajian tinggi sebagai wahana paling strategik mengembalikan kekuatan dan kamajuan umat Islam sedunia... Kerap kali saya tegaskan bahwa tilikan dan perjuangan pembaharuan keilmuan Islam al-Attas bersifat pergerakan teguh (dynamic stabilism) berbanding golongan modernis dan pasca modernis yang giat bergerak merubah setiap perkara yang dianggap berlawanan dengan tuntutan masa kini yang kini dipacu oleh aliran sekularisasi. Selepas hampir satu kurun gerakan ini telah menimbulkan banyak perubahan tapi tidak juga berjaya memajukan umat setanding dengan Barat. Pergerakan teguh juga berbeda dengan gerakan tradisionalis dan konservatif yang gigih mempertahankan segala pemikiran dan institusi warisan tanpa mengambil-kira keperluan perubahan yang sah sehingga menimbulkan kejumudan yang merugikan. Pemikiran al-Attas meneguh semula pandangan alam Islam yang disepakati para leluhur agung sekian lama, serta mengukuhkan keyakinan kepada struktur dan dasar akhlak dan perundangannya dalam menghadapi tantangan-tantangan masa kini. Ini dilakukan dengan penuh wibawa keilmuan, tegas dan berdaya cipta dengan memahami unsur-unsur kekal (al-thawabit) dan berubah (al-mutaghayyirat) dalam tradisi Islam dan dalam tradisi moden, dan berani bertindak sepatutnya mengikut darjatnya masing-masing.
Item Type: | Book |
---|---|
Subjects: | Collections E-Books |
Divisions: | Universitas Komputer Indonesia > Fakultas Teknik dan Ilmu Komputer > Teknik Komputer (S1) |
Depositing User: | DR Usep Mohamad Ishaq |
Date Deposited: | 19 Apr 2022 04:01 |
Last Modified: | 19 Apr 2022 04:01 |
URI: | http://repository.unikom.ac.id/id/eprint/69137 |
Available Versions of this Item
-
Islam dan Sekularisme. (deposited 19 Apr 2022 03:08)
- Islam dan Sekularisme. (deposited 19 Apr 2022 04:01) [Currently Displayed]
Actions (login required)
View Item |